Sunday, 8 July 2012 | 00:37 | 0 Kawaii ?
Assalammulaikum :)
Itulah yang dirasakan apabila kita "terkena" dengan rakan kita sendiri,yang mungkin telah dianggap sebagai adik beradik sendiri.memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.Itu fitrah untuk merasakan gembira untuk merasakan gembira atau sedih.apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.
Mungkin,jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita,kita tidak ambil pusing sangat.Who them to us kan ?
Tapi bila "terkena" dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini,its's feel torn apart inside.memang sakit,sakit tanpa luka.mungkin kita tak dapat tersenyum,even untuk menutup perasan ini daripada dibaca orang lain,walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.
Hati ini memang suatu organ yang sensitif,super sensitif sebab hanya dengan kata kata pun boleh menyebabkan ia luka.kalau difkir fikirkan balik,memang haruslah islam melarang anak berkata walaupun "Uh!'' kepada ibu kita,sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan dan selamanya.makan,kerja dan tidur bersama.mungkin benda itu nampak simple bagi kita,tapi bagi mereka yang sangat benar benar sayang kepada kita mungkin perkataan itu sangat menyakitkan.begitu lah juga bagi sahabat baik.
Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati,tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.tapi sampai pada satu tahap,kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.kutuk mengkutuk itu perkara biasa lah.tapi perkara yang lebih serius daripada itu,mungkin rasa nak terajang atau cincang2 saja.sabar sabar sabar.
Tak perlu lah kita membenci dia,tak perlu balas dendam.anggap sahaja ini suatu ujian.
Apa pun perkataan dia kepada kita,walaupun sangat mengguris hati.tentu itu terjadi dengan izin Allah.anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Pesan dan Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya : " Wahai anakku,hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang.Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepda orang " .
Memaafkan.
Dia pernah menjadi sahabat baik kita,pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita,Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.Ya,dengan ikhlas.
Kenapa ?
Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.orang yang ikhlas akan leboh mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan hanya kepada Allah.hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
"Memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.tetapi,biarpun luka hati tiu kecil atau besar,kita tidak akan boleh benar benar bahagia sebelum memberikan maaf dengan keikhlasan.Necaya kita akan bahagia"
Owned by : Muslimah
Best View in Google Chrome
Alhamdulilah

