Muslimah
Muslimah
Follow
Dashboard
Syukur Alhamdulilah

Sunday, 24 March 2013 | 11:27 | 0 Kawaii ?

Assalamualaikum .



Saya kembali dengan niat yang murni :')

Pejam jelik pejam jelik maka berakhirlah zaman persekolahanku. Berakhirlah zaman remajaku.Berakhirlah zaman kenakalanku. Maka tinggalnya segalanya sebagai suatu kenangan yang indah. Maka segalanya menjadi suatu ingatan yang sentiasa diingati. Maka segalanya juga menjadi suatu perkara yang sering dirindu. Ya ! Segalanya indah belaka kerana niantnya kerana Allah SWT .
Ya ! Diri ni sering merindunya . Diri ni sering berharap agar dapat mengulangi semula semua perkara tu walaupun mustahil. Ya ! Setiap pertemuan pasti berakhir. Dan setiap pertemuan adalah yang terindah. 
Ya Allah,kuatkan hati hambamu ni :')



Soutul Munirah 2012.
Perkara yg akan paling dirindui adalah nasyid.
Ya ! Akan sentiasa dirindui <3


Cikgu Raja Azman .
Cikgu yang paling akan saya ingat. 
Cikgu yang sangat comel and sentiasa sporting.



5 Sastera 4 2012.
Classmate yang best sangat walaupun kadang-2 "perang mulut" berlaku :D
Classmate yang asyik paling sporting .
And I'm gonna miss this so much :'(


Monday, 14 January 2013 | 09:37 | 0 Kawaii ?

Assalamualaikum .



Suka tengok gambar ini :'D

Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.


Hijau,warna kegemaranku :')
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".
Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah :)




Older Post

Cutely Made by : Syamimi Sarah | Cute BG : Azfirah
Owned by : Muslimah
Best View in Google Chrome